Tuesday 31 March 2020

An-Nisa_5-4-071


Juz:5,
Surah 4, Ayat 71:

Ringkasan tafsir;

Umat Islam diarah supaya bersiap sedia sepanjang masa untuk menghadapi bahaya yang mungkin akan ditimbulkan oleh musuh. Oleh itu hendaklah mempelajari dan menghantar perisik untuk mengetahui hal ehwal kekuatan mereka supaya kekuatan muslimin setanding atau lebih kuat dari musuh.

Didalam masa memerangi musuh, kerahlah angkatan perang kamu secara teratur, dimulakan dengan menghantar satu pasukan dan sepasukan lagi dan seterusnya, atau mengerahkan secara keseluruhan mengambil bahagian didalam peperangan untuk menghancur musuh kaum musrikin dan munafik.

Ayat ini memberi isyarat, supaya umat Islam hendaklah menjaga kepentingan dan keselamatan orang mukmin supaya bersiap sedia dengan kekuatan angkatan perang yang terlatih dangan ilmu peperangan dan kepandaian menggunakan segala jenis alat perang.  Persediaan ini adalah wajib bagi umat Islam dan janganlah sekali-kali mengharapkan  orang lain supaya mempertahankan mereka kerana mengharapkan orang lain itu bererti mendedahkan kelemahan dan kerendahan diri sendiri.

Adapun mengharapkan kepada orang lain seperti yang dimaksudkan diatas dan seperti apa yang berlaku dinegara Arab sekarang telah menjadikan umat Islam (yang mengaku mereka itu Islam) telah menyerang negeri mereka sendiri dan membunuh bangsa seagama mereka demi mencapai cita-cita sahabat mereka dari kalangan musrikin dan munafik (golongan itu seperti dalam ayat 5.4.72), dan mereka yang bersekongkol dengan kafir munafik itu adalah mereka yang zalim menganiayai diri-diri mereka sendiri.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)
  

An-Nisa_5-4-070

Juz:5,
Surah 4, Ayat 70:


Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas (5.4.69),

Apa yang telah disebutkan diatas, adalah merupakan ganjaran balasan daripada Allah, iaitu balasan yang setimpal dengan ketaatan yang mereka telah buktikan.

Tidak ada sebesar zarah pun dilangit atau dibumi yang tersembunyi disisi Allah, bahkan semuanya diketahui Nya. Maka ini hendaklah dijadikan peringatan kepada orang munafik supaya lekas bertaubat, dan dijadikan pula sebagai tauladan dan galakan kepada orang mukmin supaya bertambah iman dan taat dengan perintah Allah dan Rasul.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)
  


Monday 30 March 2020

An-Nisa_5-4-069


Juz:5,
Surah 4, Ayat 69: 

Ringkasan tafsir;

Orang yang taat kepada Allah dan Rasul, ialah mereka yang mengerjakan suruhan Nya dan meninggalakan larangan Nya. Allah menjanjikan pada hari kiamat kelak, mereka akan dibangkitkan kemudian dihimpunkan bersama dengan hamba Allah yang telah menikmati kurnia Nya dari kalangan muqorrobin dan berkedudukan yang paling tinggi disisi Allah.

Adapaun golongan muqorrobin itu terdiri dari 4 golongan,
1. Para Nabi.
2. Para Siddiqin.
3. Mati syahid.
4. Beramal Soleh.

Adapun orang yang “mati syahid” itu ialah golongan mereka yang berjuang untuk menegakan Islam dimedan perang dan melindungi orang-orang mukmin dari mala petaka ganguan dari musuh-musuh Allah.

Adapun mereka yang mati seperti berikut adalah mereka itu dari kalangan munafik;
1. Membunuh diri dengan memasang bom pada badan mereka dan meletupkan diri dikhalayak ramai itu adalah mereka dari golongan yang akan mendapat laknat Allah dan tempat mereka itu adalah neraka jahanam yang seburuk-buruk tempat seksaan untuk mereka. 
2. Mereka bersubahat dengan munafik untuk menghancur negera mereka dan membunuh orang-orang Islam.
3. Mereka yang  membunuh keluarganya dan orang-orang Islam dan memusnahkan negara mereka sendiri.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)