Sunday 29 March 2020

An-Nisa_5-4-064


Juz:5,
Surah 4, Ayat 64: 

Ringkasan tafsir;

Rasul itu tugasnya menyampaikan segala perintah Allah kepada manusia, maka mereka hendaklah mentaati perintahnya, kerana Rasul telah diberi izin oleh Allah didalam menyampaikan segala seruan Nya.
(lihat ayat 5.4.80).


Allah mencela pekerti orang munafik yang meninggalkan  perintah Rasul  Nya pada hal Rasul menghukum dengan hukuman Allah, sedangkan mereka pula tidak mahu berhukum padanya, malah mereka yang munafik itu berhukum kepada Taghut dari kalangan sebahagian ahli kitab, mereka ini semuanya telah menganiaya pada diri-diri mereka sendiri.

Sekiranya mereka mendatangi pada Nabi dan menyatakan penyesalan serta minta ampun bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya, maka Rasulullah meminta ampun untuk mereka, maka Allah akan mengampun dosa mereka kerana Allah itu pengampun lagi penyayang.
(lihat sambungan pada ayat 5.4.65)
.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)