Juz: 4,
Surah 4, Ayat 10:
Ringkasan tafsir;
Orang
yang memakan harta anak yatim itu, sebenarnya apa yang dimakan itu merupakan
api neraka yang memenuhi perut mereka dan mereka akan dibakar didalam neraka
yang bernyala-nyala penuh azab.
Juz: 4,
Surah 4, Ayat 11:
Ringkasan tafsir;
Lanjutan
dari ayat terdahulu (4.4.7),
Allah
memerintahkan supaya jalankan peraturan pembahagian pusaka orang yang sudah
mati oleh orang yang hidup kepada anak-anak lelaki dan perempuan, dewasa dan kecil, cucu-cucu yang menggantikan
ayahnya atau ayahnya terhalang dari menerima pusaka kerana menyebabkan kematian
orang yang meninggalkan pusaka.
1) Jika
simati meninggalkan waris anak lelaki dan anak perempuan, maka anak lelaki
mendapat 2/3 dan anak perempuan mendapat 1/3.
2) Jika
simati meninggalkan waris terdiri dari dua orang anak perempuan atau lebih dan
tidak ada anak lelaki, maka anak perempuan tersebut mendapat 2/3 dari harta
tersebut dan dibahagi sama banyak.
3) Jika
semati meninggalkan waris seorang anak perempuan sahaja dan tidak mempunyai
anak lelaki dan tiada saudara perempuan, maka akan mendapat 1/2 dari harta
pusaka tersebut.
4) Jika
simati meninggalkan dua orang ibu bapa dan seorang anak lelaki, maka bapanya
mendapat 1/6 dan ibunya mendapat 1/6, dan 4/6
kepada anak lelaki.
5) Jika
simati tidak meninggalkan waris anak lelaki dan tidak ada cucu lelaki, maka
kedua ibu bapa mewarisi pusaka itu, dan dibahagikan 1/3 kepada ibu dan 2/3
kepada bapa.
6) Jika
simati meninggalkan saudara lebih dari seorang samada lelaki atau perempuan,
maka ibunya akan mendapat 1/6 dari harta pusaka tersebut, 5/6 diberikan kepada
bapanya, asobah kerana saudara-saudara lelaki dan perempuan itu tidak mendapat
apa-apa kerana terdinding (mahjub) oleh bapanya.
Allah telah memberi peringatan bahawa kamu tidaklah tahu diantara dua golongan itu mana satu yang lebih mendatangkan manfaat didunia dan diakhirat, adakah bapa kamu atau anak kamu ?
Oleh itu janganlah kamu ikut peraturan pembahagian pusaka seperti orang jahiliah dahulu kala.
Sesuatu
kewajipan yang datangnya dari Alalh itu tidak boleh diingkari dan diabaikan.
Oleh kerana Allah mengetahui urusan nasib kamu, tiadalah Allah mensyariatkan sesuatu melainkan adalah maslahatnya dan kebaikan untuk kamu, dan diatur Nya segala sesuatu dengan cara yang bijaksana.
(lihat surah
An-Nisa ayat 33) (5.4.33)
(lihat surah Al-Ahzab ayat 4)
(lihat surah Al-Ahzab ayat 6)
(lihat surah Al-Ahzab ayat 4)
(lihat surah Al-Ahzab ayat 6)
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com) (mek.wan@outlook.my)