Monday, 23 March 2020

An-Nisa_5-4-040


Juz:5,
Surah 4, Ayat 40: 

Ringkasan tafsir;
Allah tidak akan mengurangi sedikit pun dari kebajikan yang didapati oleh hamba Nya dan tidak akan melebihkan seksa walau sedikit kejahatan yang dilakukan nya. Malah Allah akan melipat gandakan kebajikan orang yang beriman, iaitu tiap satu kebajikan akan diberi Nya sepuluh kali ganda malah lebih dari tujuh ratus kali ganda sebagai tanda kemurahan dan limpah kurnia Allah.
 

Juz:5,
Surah 4, Ayat 41: 


Ringkasan tafsir;
Ayat ini ditujukan kepada orang kafir musyrik dan munafik, bahawa pada hari kiamat kelak akan didatangkan kepada manusia yang menjadi saksi kepada umat masing-masing iaitu saksi para nabi terdahulu yang telah diutus oleh Allah untuk mengajar mereka didunia.  Dan Nabi Muhammad pula menjadi saksi kepada umatnya.

Maka alangkah gerun takutnya orang kafir musyrik munafik pada masa didatangkan para nabi yang mereka telah bohongi dan telah menyalahi ajaran yang dibawah oleh para nabi-nabi terdahulu berada disisi mereka untuk menjadi saksi.

[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)