Friday, 20 March 2020

An-Nisa_4-4-006


Juz:4,Surah:4.
Surah 4, Ayat 6:


Ringkasan tafsir;

Ujilah terlebih dahulu anak yatim itu tentang akal fikiran mereka, bagitu juga tentang agama mereka dan tentang hak penggunaan harta mereka sehingga mereka telah baligh pada peringkat umur yang membolehkan seseorang lelaki atau perempuan sampai kepada tahap umur yang membolehkan dia dinikahkan, barulah serahkan hartanya kepada anak yatim itu.
Hendaklah menyerah harta anak yatim itu dengan menyediakan saksi-saksi yang cukup untuk mengelak daripada perangsangka buruk  yang membolehkan pertikaian dimasa hadapan.
Janganlah kamu membelanjakan harta anak yatim secara berlebihan dan terburu-buru membazir harta itu untuk menghabiskan nya,  sekalipun untuk keperluan anak yatim itu sendiri.
Seseorang yang menjadi wali penjaga pengelola harta anak yatim itu hendaklah menahan diri dari memakan harta anak yatim sekiranya dia kaya dan tidak berhajat kepada harta yang sedang dalam jagaannya.  Tetapi jika dia meskin dan telah menghabiskan waktu nya bekerja untuk mengurus dan menjaga harta anak yatim itu dengan mengembangkan harta tersebut dengan banyaknya seolah-olah sebagai pekerja kepada harta itu, maka boleh ambil dan makanlah secara patut dari harta itu sebagai upah gaji. 
Sesungguhnya memadailah Allah yang akan mengira memerhatikan segala urusan tersebut dan dapatlah hendaknya dijalankan dengan sempurna kerana Allah akan memberi pahala yang banyak kepada mereka yang memegang amanah yang sebaiknya.
 

[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)