Sunday 29 March 2020

An-Nisa_5-4-065


Juz:5
Surah 4, Ayat 65: 

Ringkasan tafsir;

Allah telah melahirkan sumpah Nya kepada Rasul Nya, bahawa orang munafik itu tidak sekali-kali diakui keimanan mereka selagi mereka belum tunduk mengakui tiga syarat berikut;

1. Hendaklah mereka itu berhukum kepada Rasul didalam pertengkaran, pergeseran, pereselisihan yang berlaku diantara mereka.

2. Hendaklah mereka tidak berkeberatan menerima hukuman yang dihukumkan oleh Rasul, kemudian mematuhi keputusan tersebut.
3. Hendaklah mereka patuh tunduk mahu menerima hukuman tersebut dengan sebenar-benar penerimaan.
 


Juz:5,
Surah 4, Ayat 66: 

Ringkasan tafsir;

Allah menjelaskan betapa teruknya pekerti orang munafik berhukum kepada Taghut, sekiranya mereka diperintahkan supaya mengorbankan nyawa serta meninggalkan kediaman mereka, nescaya mereka tidak akan melakukan hukuman itu.  Pekerti mereka itu telah pun berlaku pada pengikut Nabi Musa, hukuman kepada mereka yang ingkar menyembah anak lembu pada ketika itu, disuruh bunuh diri sesama mereka sebagai cara bertaubat tetapi mereka tidak melakukan, (lihat surah AlBaqarah ayat 54).
 

Tetapi dizaman Nabi Muhammad diringan beban mereka hanya perlu sekadar “bertaubat nasuha” sahaja yang sangat ringan melakukan dan disuruh berhukum kepada Nabi serta menerima dengan sebenar-benar penerimaan.

Sekiranya mereka menerima pengajaran yang diberikan dan menjalankan suruhan bartaubat nasuha dan berhukumkan kepada Nabi, maka lebih berguna didunia dan diakhirat dan lebih menguatkan lagi akan keazaman dan keinmanan mereka itu.
(lihat sambungan pada ayat 5.4.67).


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)