Monday 23 March 2020

An-Nisa_5-4-043


Juz:5,
Surah 4, Ayat 43: 

Ringkasan tafsir;

Dalam ayat ini menyatakan peraturan sembahayang yang berkaitan dengan arak, junub, tayamun, sakit, pelayaran ;
1. Jangan sembahayang dan jangan hampiri masjid, jika berkeadaan mabuk. 
2. Jangan sembahayang, jika dalam keadaan junub (telah bersetubuh atau keluar mani).
3. Jika sakit dan dalam kepayahan pelayaran, diberi kelonggaran untuk bertayamun menggantikan air.

Ada pun orang yang mabuk itu tidak dibenarkan hampiri masjid dan dilarang mengerjakan ibadat sembahayang, kerana dibimbangi bacaan dalam sembahayang akan kucar-kacir dan salah sebutan. Bagitulah juga disyorkan kepada mereka yang menggantuk juga disyurkan agar jangan sembahayang dan tidurlah dahulu sehingga hilang mengantuk baru melakukan amal ibadat.
Ada pun orang yang dalam keadaan junub disebabkan bersetubuh atau keluaer mani, juga dilarang melakukan sembahayang, dan wajiblah mandi terlebih dahulu sebelum menunaikan sembahayang. Bagitulah juga kepada mereka yang berhadas (kencing atau berak), hendaklah bersuci bersih terlebih dahulu dan barulah mengambil air sembayahang untuk menunaikan solat.

Kemudahan diberikan jika ketiadaan air dan boleh guna tanah yang bersih untuk bertayamun, dimana kamu dalam keadaan sakit, kesusahan dalam pelayaran, hadas (kencing atau berak) dan bersentuh* antara lelaki perempuan (bersetubuh).

* Perkataan “bersentuh” dalam ayat ini adalah perkataan kiasan yang lembut lagi halus bagi menggantikan perkataan “bersetubuh”.  Dan banyak ahli tafsir dan ulamak terdahulu mengeluarkan beberapa pendapat tentang perkara ini, yang mana sebahagian pendapat bermaksud bagini;
1. Bersentuh, ialah bersentuh kulit lelaki perempuan (yang mengandungi rasa keberahian shawat).
2. Bersentuh, ialah bersetubuh antara lelaki dan perempuan (suami isteri).

Allah mengingatkan tentang kemudahan yang diberikan kedada hamba Nya dalam beramal ibadat, yang mana Allah bersifat pemaaf dan pengampun, dan gemar untuk memberikan kemudahan dan kesenangan kepada manusia yang lemah dan dalam kepayahan.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)