Monday 23 March 2020

An-Nisa_5-4-037


Juz:5,
Surah 4, Ayat 37: 


Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas (5.4.36),

Orang yang sombong dan bermegah-megah adalah orang yang bakhil lokek, serta menyuruh pula orang lain berbuat demikian, serta menyembunyikan kurnia yang diberikan oleh Allah kepada mereka.
 
Hal yang demikian berlaku ialah kerana orang Yahudi di Madinah telah menghasut kaum Muslim Ansar supaya jangan belanjakan harta kamu kerana ditakuti kelak akan menjadi papa dan tidak tahu apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Maka turunlah ayat ini sebagai celaan kepada orang Yahudi tersebut.
 
Orang yang bakhil lokek dan menyembunyikan kurnia Allah akan diancam dengan seksaan kehinaan oleh Allah kerana tidak mahu mengakui adanya nikmat Allah.
 


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)