Sunday 22 March 2020

An-Nisa_5-4-032


Juz:5,
Surah 4, Ayat 32: 


Ringkasan tafsir;

Ayat ini menjelaskan supaya, janganlah kaum wanita dan lelaki mengangan-angankan dengan iri hati terhadap  orang lain yang mendapat keistimewaan kelebihan rezeki, sebab masing-masing telah ditentukan oleh Allah.

Mintalah kepada  Allah akan kurnia Nya, dan Allah mesti memberi kurnia Nya mengikut kadar persediaan usaha kerajinan seseorang didalam menghadapi perjuangan dalam hidup. Dan Allah lebih mengetahui dan lebih arif untuk mengatur hal ehwal hamba-hamba Nya.

Allah telah membebani tiap-tiap orang baik lelaki mahu pun perempuan dengan keupayaan masing-masing dengan kudrat dan kewajipan yang mesti ditunaikan. Apa yang telah ditetapkan untuk lelaki hendaklah menerima upahnya dan perempuan tidak boleh pertikaikan, dan yang telah ditetapkan untuk perempuan akan menerima upahnya pada kadarnya dan lelaki tidak boleh pertikaikan dalam urusan masing-masing.
 
Adapun perkataan iri hati ini ada dua maksudnya ;
1. mengharapkan agar hilang nikmat orang lain supaya berpindah kepada nya, ini menjurus kepada hasad dan dengki. Iri hati ini haram dan ditegah oleh Allah dan nerakalah tempat yang paling layak bagi mereka itu.
2. mengharapkan agar mendapat nikmat yang serupa dengan nikmat orang lain, ini menjurus kepada ghibtah. Iri hati jenis ini tidak mengapa, kerana ini akan memberi rangasangan agar lebih berusaha untuk mendapat rezeki agar sama dengan rezeki yang diperolihi oleh orang lain.
 

[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)