Sunday, 22 March 2020

An-Nisa_5-4-034


Juz:5,Surah:4.
Surah 4, Ayat 34: 


Ringkasan tafsir;

Allah telah menyatakan kelebihan lelaki sebagai pemimpin dan lelaki membelanjakan sebahagian harta mereka untuk keluarga dan membela melindungi kaum wanita, kerana dialah menjadi tulang belakang mempertahankan dan menegak kedudukan wanita. Oleh kerana kewajipan berjihad yang dibebani kepada lelaki itu, maka sebab itulah kaum lelaki mendapat pusaka lebih dari kaum wanita.


Kaum wanita sebagai suri rumah tangga itu ialah perempuan yang baik-baik yang mempunyai sifat berikut;
1. Isteri yang patuh kepada suami dan taat kepada perintah agama.
2. Isteri yang memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya.
3. Isteri yang memelihara rahsia rumah tangga dan rahsia suaminya.
4. Isteri yang menjaga harta benda dan keluarga, dan semasa ketiadaan suaminya.

Kemudian Allah telah menetapkan peraturan mengenai perempuan yang derhaka (nuzyuz) kepada suaminya;
Apabila suami mendapati ada tanda-tanda si isteri akan menjadi nusyuz, maka suami itu hendaklah mengambil tindakan secara berperingkat-peringkat seperti berikut;
1. Berilah teguran tunjuk ajar dan nasihat yang baik.
2. Sekiranya tidak memberi kesan, tinggalkanlah dari tempat tidur dan jangan tidur bersama isteri.
3. Sekiranya tidak berkesan jua, maka hendaklah merotan isterinya dengan rotan yang kecil sebagai pengajaran.

Sekiranya isteri kamu telah menurut perintah dan taat setelah nasihat diatas telah diberikan, maka janganlah kamu sebagai lelaki mencari jalan untuk menganiayai nya pula.
Sekiranya nasihat dan rotan tidak memberi kesan, bawalah perkara ini bertahkim mencari orang tengah sebagai hakam untuk menyelesaikan pertikian antara suami isteri  untuk menjernihkan kekeruhan rumah tangga kamu.

Allah memperingatkan kepada manusia dan memberi amaran agar janganlah suami itu merasa dirinya lebih tinggi kekuasaan terhadap isterinya, kerana ada lagi  yang lebih berkuasa daripada nya iaitu Allah yang mempunyai ketinggian dan kebesaran.
 



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)