Saturday 28 March 2020

An-Nisa_5-4-059


Juz:5,
Surah 4, Ayat 59: 

Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas (5.4.58),
Maka orang yang beriman hendaklah mentaati Allah, Rasul dan Ulil Amri, kerana menjaga kemasalahatan umum untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia ;-  
1. Taat kepada Allah, ialah mengamalkan isi  Al-Quran dan percaya kepada kitab-kitab sebelumnya.
2. Taat kepada Rasul,  ialah mengamalkan hadis-hadisnya dan mengambil tauladan tingkah laku Nabi.
3. Taat kepada Ulul Amri, ialah patuh kepada orang yang mengetahui urusan agama dari kalangan kaum muslimin.

“Ulul Amri” mempunyai pengertian yang luas yang meliputi pemimpin, pemerintah, ketua tentera, hakim, dan alim ulamak yang taat kepada Allah dan Rasul.  Mereka ini juga digelar sebagai “Ahlihalli Walaqdi” membawa maksud orang yang berkebolehan menyelesaikan urusan dan menyelenggarakan hal ehwal manusia serta takut kepada Allah.

Sekiranya berselisih faham didalam sesuatu perkara maka kembalilah kepada Quran dan Sunnah (hadis-hadis), dan sekiranya perkara itu tidak jelas nasnya maka hendaklah serahkan kepada Ulil Amri untuk menimbangkan perkara itu, kemudian tunggulah keputusan dari Ulil Amri dari kalangan ulamak dan mesti bermesyuarat sesama mereka terlebih dahulu untuk membuat keputusan bersandarkan kepada Quran, Sunnah, Hadis ,Kias dan Ijmak.  Apabila keputusan telah dibuat maka hendaklah patuh keputusan yang telah diputuskan dalam majlis ulamak (Ulil Amri) itu.  

Merujuk kepada perkara diperselisihkan itu, apabila telah mendapat keputusan dari Ulil Amri, adalah menandakan keimanan seseorang, dan apabila enggan untuk berbuat demikian menandakan pula mereka itu tidak beriman, maka perbuatan patuh kepada keputusan Uli Amri itu adalah sebaik-baik dan bagus kesudahan nya.




[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)