Monday, 23 March 2020

An-Nisa_5-4-038


Juz:5,
Surah 4, Ayat 38: 


Ringkasan tafsir;

Ayat ini ditujukan kepada orang munafik, Yahudi di Madinah dan Musyrikin di Mekah. Mereka menunjuk-nunjuk sesuatu kerja supaya dilihat orang dan bagi tujuan bermuka-muka serta membelanjakan harta mereka untuk melakukan konfrontasi dengan Nabi s.a.w.

Orang-orang yang tersangat riak lagi jelas riaknya itu adalah mereka yang tidak mahu percaya kepada Allah kerana tidak mahu mengakui keesaan Nya.
Allah mengingatkan muslimin supaya memilih kawan yang baik, jangan memilih kawan yang jahat seperti syaitan, kerana syaitan itu pula jika diajak berkawan merupakan kawan yang sangat jahat kerana ia akan menarik beberapa banyak manusia ke neraka untuk menemaninya.
 


Juz:5,
Surah 4, Ayat 39: 

Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas (5.4.38),
Allah bertanya berupa mencela mereka yang lokek dan tersangat riak sifatnya, tidaklah ada mudaratnya dan bahayanya kalau mereka mahu beriman dan percaya kepada Allah dan percaya hari kemudian, serta berbelanja sebahagian rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Tapi malangnya mereka membahayakan diri mereka sendiri tidak mahu berbuat perkara kebajikan.
Sesungguhnya Allah tahu akan hal mereka dan bagaimana memberi balasan akan apa-apa yang mereka kerjakan.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)