Friday, 27 March 2020

An-Nisa_5-4-058


Juz:5,
Surah 4, Ayat 58: 


Ringkasan tafsir;

Al-kisah meriwayatkan ayat ini diturunkan, apabila penjaga kunci kaabah enggan memberi kunci kepada Nabi, maka Ali bin Abi Talib memulas tangan beliau lalu mengambil kunci tersebut dan serahkan kepada Nabi, kemudian Nabi membuka pintu kaabah lalu sembahayang 2 rakaat, manakala baginda keluar dari kaabah maka bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muttalib meminta supaya baginda menyerahkan kunci itu kepadanya, tapi Nabi tidak serahkan kunci itu kepadanya.

Maka turun ayat ini, kemudian Nabi menyuruh  Ali menyerahkan kunci itu kepada Othman penjaga kunci kaabah dan meminta maaf dan membaca ayat ini dihadapan Othman, lalu Othman terharu dan terus memeluk agama Islam. Apabila Othman meninggal, maka kunci itu diserahkan kepada saudaranya bernama Syaibah, dan jadilah kunci itu sebagai warisan amanat yang perlu dijaga hingga kehari ini.

Adapun perintah menyampaikan amanat ini ditujukan kepada umat manusia yang mukallaf, dan amanat itu ialah;
1. Amanat dengan Allah, iaitu menunaikan perintah Allah dan meninggalkan tegahan Nya.
2. Amanat dengan diri sendiri, iaitu menjaga  segala anggota badan supaya tidak berbohong, tidak mengumpat.
3. Amanat dengan sesama manusia, iaitu menjaga kepentingan hal ehwal masyarakat supaya aman sejahtera.

Oleh itu tunaikan amanat kepada orang yang telah memberi kepercayaan kepada kamu, dan janganlah berkhianat kepada orang yang telah berkhianat kepada mu.   Tidak ada iman seseorang itu selagi tidak amanat, dan tidak ada agama seseorang itu selagi tidak memegang janji.

Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik yang mengajar manusia  akan perkara yang baik-baik supaya memegang amanat.  Maka menghukum antara manusia hendaklah dengan adil, dan ini memerlukan perkara seperti berikut;
1. Memahami kedudukan pendakwaan samada dari pendakwa mahu pun didakwa, dengan hujjah dan alasan yang kukuh berserta saksi yang jelas maksudnya.
2. Jangan ada perasaan menyebelah mana-mana pihak, supaya tidak berat sebelah.
3. Mestilah pengadil itu mengetahui hukum syarak didalam menyelesaikan perselisihan kedua belah pihak berdasarkan Quran Hadis dan persepakatan keputusan suara ijmak ulamak.
4. Latikan pengadil tentunya orang yang berkeboolehan dalam urusan hukum dan agama.

 Sesungguhnya Allah mendengar hukuman yang kamu jatuhkan secara adil atau aniaya, dan Allah melihat amanat yang telah kamu tunaikan atau yang kamu khianati.  Oleh itu takutlah akan seksaan Allah.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)