Saturday, 21 March 2020

An-Nisa_5-4-025


Juz:5,
Surah 4, Ayat 25: 


Ringkasan tafsir;

Lelaki yang ingin berumahtangga dengan tujuan mengawal diri dari zina tetapi tidak mampu mengeluarkan belanja besar terhadap perempuan merdeka disebabkan perempuan merdeka itu banyak tuntutannya yang mesti dipenuhi, sperti nafkah, tempat tinggal., pakaian, dan lain-lain keperluan hidup seharian, dan perlu giliran secara adil mesti dberi jika dipermadukan. Maka bolehlah ia menghawini haba sahaya.  Oleh itu khawinilah mereka itu dengan izin dari tuan nya, dan berilah mas khawin pada kadar kemampuan kepada tuan nya. 

Dipermudahkan mahar dan diringankan keperluan nafkahnya, kerana  hamba sahaya itu masih lagi terikat dan berkhidmat kepada tuannya, dan termasuklah anak yang akan dilahirkan oleh perempuan hamba sahaya, kecuali tuannya membebaskan dan memerdekakan perempuan itu.
Allah mengangkat darjat kaum wanita yang beriman walau pun mereka itu dari kalangan hamba sahaya. Mungkin suatu hari nanti isteri dari hamba sahaya lebih sempurna iman nya dan lebih dimuliakan oleh Allah disebabkan kelebihan amalan baktinya dan bertakwa kepada Allah, sebab Allah mengetahui akan hakikat keimanan seseorang itu.
Jika perempuan hamba sahaya melakukan zina, maka hukumlah mereka itu separuh dari hukuman yang dikenakan kepada perempuan merdeka dan tidak dihukum rejam sampai mati. Hukuman ini adalah untuk orang yang takut terjerumus dalam kejahatan zina.
Jika kamu dapat bersabar dan kuat menahan diri dari segala jenis kejahatan maksiat, maka elaklah dari menghawini hamba sahaya.
Allah maha pengampun kepada hamba Nya dengan mengadakan syariat  ini untuk mengawal kebajikan hamba-hamba Nya.
 


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)