Ringkasan tafsir;
Lanjutan
dari surah diatas (4.4.23).
Allah
melarang menghawini isteri orang, kecuali perempuan hamba sahaya miliknya
atau perempuan tawanan perang didalam
peperangan keagamaan (mengikut syarat yang jelas yang telah ditetapkan dalam
kitab fikah), maka dibolehkan menghawini perempuan hamba sahaya dan tawanan
perang.
Hukum
pengharaman menghawini isteri orang dan hukum mengizinkan menjadikan wanita
tawanan perang segbagai isteri adalah ketetapan dari Allah yang tidak boleh
diubah lagi.
Maka
dibenarkan mengawhini perempuan-perempuan yang disukai, iaitu perempuan yang
tidak termasuk dalam golongan yang tercatit
dalam ayat-ayat sebelum ini,
(4.4.22) (4.4.23) dan (5.4.24).
Suami
wajib memberi mahar mas khawin kepada isterinya. Mahar itu adalah suatu
ketetapan sebaik sahaja berlaku akad nikah, kecuali jika isteri menghalalkan
mahar itu kepada suaminya.
Jika
bercerai sebelum bersatu (bersetubuh) maka gugurlah separuh mahar dan yang
separuh lagi wajib dibayar kembali.
Ini
adalah pengetahuan dan kebijaksanaan Allah, semata-mata untuk maslahat dan
kebaikan umat manusia supaya terpelihara keturunan dan harta benda mereka .
Ada pun
perempuan dari tawanan perang itu ialah suaminya yang mati terbunuh dan ada kala
nya telah melarikan diri jauh yang tidak dapat dihubungi dan tidak kembali lagi
selepas perang, maka telah menjadi kewajipan untuk membela memelihara perempuan
tersebut dengan sebaik-baiknya demi menjaga kehormatan kaum wanita itu sendiri.
Oleh itu perempuan dari tawanan perang
ini boleh dikhawini bagi mereka yang inginkan nya.
Ada pun
hamba sahaya pula ialah perempuan yang diambil dari mereka yang zalim atau perempuan
tawanan lepas perang, demi untuk menyelamatkan kaum perempuan dari terjerumus
dalam maksiat. Mereka ini boleh diambil sebagai isteri atau gundik yang sah
mengikut hukum yang telah ditetapkan.
Ada pun
nikah mut’ah ini dibenarkan dalam peperangan pada permulaan Islam, kemudian
telah diharamkan kambali pada perisitiwa perang Khaibar, setelah itu di izinkan
pula pada perang Autos, dan akhirnya diharamkan selamanya hingga kehari
ini. Pernikahan cara ini hanya
dibenarkan untuk mengelak berlaku perbuatan maksiat semasa berada dimedan
perang untuk menegak agama Islam.
Maksud
nikah mut’ah ialah khawin kontrak yang mana bernikah mengikut suatu tempoh yang
telah ditetapkan bersama. Apabila sudah sampai pada suatu tempoh yang telah
dipersetujui maka bercerailah kedua belah pihak.
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com) (mek.wan@outlook.my)