Juz:4,Surah:4.
Surah 4, Ayat 5:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini
diajukan kepada dua golongan iaitu anak yatim dan isteri yang menerima mahar.
Serahkan
kepada isteri itu akan harta maharnya dengan sebaiknya, kecuali mereka yang
safih (orang yang membazirkan dan mengkhianati hartanya sendiri) dengan harta itu, maka hendaklah ditahan atau
dibekukan sehinggalah isteri itu aman dan menerima mahar dengan sebaiknya,
barulah diserahkan harta itu. (lihat ayat sebelum ini, 4.4.4).
Serahkan
kepada anak yatim itu akan hartanya manakala sudah baligh, kecuali jika mereka itu safih tidak membelanjakan
hartanya sendiri kepada kebaikan, maka hendaklah harta itu ditahan supaya tidak
sia-sia, dan jagalah harta itu sehingga mereka besar dewasa yakni telah
bijaksana dan dapat mengendalikan harta tersebut dengan baik maka barulah harta
tersebut diserahkan kepada mereka. Oleh
yang demikian sementara mereka itu besar diberikan keperluan hidup seharian
seperti tempat tinggal, pelajaran, pakaian, makan dan minum dengan secukup
daripada hasil keuntungan harta anak yatim yang diperdagangkan dengan sempurna.
Ada pun perbelanjaan keperluan itu sebaiknya diambil dari hasil keuntungan
perniagaan yang didagangkan harta itu.
Oleh itu penjaga harta anak yatim yang cekap dan mahir dalam ilmu perniagaan
agar dapat gunakan harta dalam perniagaan untuk dikembangkan dan diperbanyak harta
anak yatim demi kebaikan dan masa depan anak-anak yatim supaya lebih terjamin.
(lihat ayat sebelum ini, 4.4.2 dan 4.4.3).
(lihat ayat sebelum ini, 4.4.2 dan 4.4.3).
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)