Juz: 4,
Surah 4, Ayat 16:
Ringkasan tafsir;
Dua
orang lelaki dan peremuan yang berzina dari golgongan kamu, maka hendaklah disakiti keduanya dengan
hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah, dan kemudian mereka itu bertaubat dan
menjadi baik maka janganlahh kamu sakiti dan mengeji mereka selepas itu.
Sesungguhnya
Allah penerima taubat lagi penyayang.
(lihat
surah An-Nur ayat 2).
Juz: 4,
Surah 4, Ayat 17:
Ringkasan tafsir;
Adapun
taubat yang diterima oleh Allah ialah orang yang memohon ampun dan bertaubat
nasuha kerana diatas kebodohan jahil dalam hal ehwal agama dan hukum
sebelumnya, kemudian menyesal diatas perbuatan mereka itu serta bertaubat
bersungguh-sungguh memohon ampun dari segala kesalahan seraya berjanji tidak
mengulanginya lagi. Hanya cara bertaubat
demikian akan diterima oleh Allah, semoga Allah menerima taubat mereka.
Juz: 4,
Surah 4, Ayat 18:
Ringkasan tafsir;
Lanjutan
dari ayat diatas (4.4.17).
Allah
tidak menerima taubat orang yang syirik ingkar dan munafik.
Allah tidak
menerima taubat orang mati dalam kekafiran, iaitu ketika mohon ampun dihari
pembalasan.
Allah
tidak menerima taubat orang yang sedang hampir mati yang akan didatangi
Malakulmaut, barulah mohon ampun. Mereka semuanya ini akan disediakan seksa
yang pedih diakhirat.
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com) (mek.wan@outlook.my)