Tuesday, 24 March 2020

An-Nisa_5-4-044


Juz:5,
Surah 4, Ayat 44: 


Ringkasan tafsir;

Allah mengingatkan Rasul  Nya agar memperhatikan pekerti segolongan ketua-ketua Yahudi yang telah bernasib baik kerana dikurniakan kitab Taurat sehingga mereka mendapat ilmu yang banyak dan mempercayai Nabi Musa, tetapi mereka tidak mahu pula percaya kepada Nabi Muhammad.

Mereka sebagai orang-orang yang menjual petnujuk dan membeli pula kesesatan. Mereka suka mendustakan Muhammad dan mengingkari petunjuk yang dibawanya. 
Mereka menghendaki supaya orang-orang mukmin itu sesat seperti mereka, kerana mereka tidak puas sebelum dapat menyesatkan orang-orang Islam.
 


Juz:5, .
Surah 4, Ayat 45: 


Ringkasan tafsir;

Lanjutan ayat diatas (5.4.44),

Allah menceritakan betapa besarnya permusuhan orang Yahudi terhadap orang yang beriman, kerana Allah lebih mengetahuinya. Oleh sebab itu hendaklah berhati-hati terhadap tibu daya mereka.
Dan tentunya pemimpin bagi kamu ialah ALLAH dan pertolongan Nya sudah cukup menjadi jaminan kepada orang beriman untuk mencegah tipu daya mereka itu.
 



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)