Friday 20 March 2020

An-Nisa_4-4-022


Juz: 4,
Surah 4, Ayat 22:

Ringkasan tafsir;
Allah turunkan ayat ini, gunanya untuk menegah anak itu menghawini bekas iseri ayahnya. Perbuatan demikian hukumnya haram. Orang yang menghawini isteri ayahnya akan diseksa, kerana perbuatan itu keji dan hina seburuk-buruk perangai kerana carat demikian itu adalah bertentangan dengan perbuatan orang yang berakal berfikiran siuman.



Juz: 4
Surah 4, Ayat 23:

Ringkasan tafsir;
Ada 14 jenis perempuan yang tidak boleh dikhawini adalah seperti berikut,

1. lihat pada ayat 4.4.22.

2. Ibu, termasuk nenek.

3. Anak perempuan, termasuk cucu perempuan.

4. Saudara perempuan, samada saudara kandung dan sebapa atau seibu.

5. Ibu saudara sebelah bapa, saudara kepada bapa samada sekandung atau sebapa atau seibu.

6. Ibu saudara sebelah ibu, saudara kandung atau sebapa atau seibu dengan ibu.

7. Anak perempuan saudara lelaki.

8. Anak perempuan saudara perempuan.

9. Ibu susuan, anak yang berumur 2 tahun kebawah dan sekurang-kurang 5 kali susuan.

10. Saudara perempuan susuan.

11. Ibu mertua.

12. Anak tiri.

13. Menantu.

14. Adik beradik, tidak boleh khawin serentak dengan perempuan adik beradik.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)