Thursday, 19 March 2020

An-Nisa_4-4-001


4.4.001.
Juz:4,Surah:4.
Surah 4, Ayat 1:


Ringkasan tafsir;

Ayat ini dimulakan dengan menyeru manusia supaya takut kepada Allah agar mematuhi perintah Nya dan meninggalkan tegahan Nya.  Allah jadikan manusia dari satu makhluk yang bernama Adam bapa kepada semua manusia dan menjadikan pada diri Adam itu dari tulang rusuk kiri seorang lagi manusia yang bernama Siti Hawa untuk menjadi teman. Dan dari hasil kedua suami isteri antara  Adam dan Hawa itu, maka berkembanglah umat manusia dengan ramai  dimuka bumi ini yang terdiri daripada lelaki dan perempuan.

Allah memerintahkan supaya umat manusia takut kepada Nya, kerana manusia sentiasa minta pertolongan  dengan menyebut nama Allah. Dan bagitulah kepada mereka yang memutuskan tali silaturrahim dikalangan mereka saudara mara kaum kerabat akan mendapat balasan dari Allah, dan mereka itu yang tidak mahu bertegur sapa dan memutus hubungan antara satu sama lain maka putuslah manusia itu dengan Allah dan tiada lagi mendapat rahmat Nya.

Allah sentiasa memerhati semua manusia, diketahui Nya segala apa yang tersembunyi sehingga tidak ada sesuatu pun yang tersorok dari pengetahuan Nya.  Oleh itu takutlah kepada Allah.
 

[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)