Friday, 20 March 2020

An-Nisa_4-4-008


Juz:4,
Surah 4, Ayat 8: 


Ringkasan tafsir;

Sekiranya didatangi orang yang tidak berhak mendapat pusaka mengikut ketetapan pembahagian faraid harta pusaka itu, tetapi mereka itu adalah termasuk dalam golongan kerabat anak buahnya dan anak angkatnya yang berkeadaan yatim meskin, maka janganlah kamu berlaku kedekut bakhil terhadap mereka. Bahkan berilah habuan kepada mereka sebagai pemberian hadiah supaya hati mereka tidak terkilan melihat kamu sedang membahagi-bahagi harta pusaka itu.  Dan buatlah jamuan makan untuk mereka itu supaya menguatkan lagi hubungan silaturrahim sepanjang masa dan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah dan hubungilah mereka selalu dengan kata-kata yang baik-baik diantara satu sama lain.

[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)