Friday, 27 March 2020

An-Nisa_5-4-055


Juz:5,
Surah 4, Ayat 55: 


Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas (5.4.54),
Allah menerangkan tentang keadaan orang yang terdahulu dari kalangan golongan para Nabi Ibarahim, Musa, Daud, dan lain-lain yang telah dianugerahkan kenabian masing-masing. Dan manusia dizaman itu bukanlah semuanya patuh kepada Nabi-nabi tersebut, malah setengah daripada setangahnya telah kufur dengan kekufuran sebahagian nya.
Jadi bagitulah juga halnya orang-orang Yahudi dizaman Nabi Muhammad, setangahnya mahu percaya beriman  dengan Muhammad dan yang setangahnya pula berpaling daripadanya.
Allah telah mengancam orang yang berpaling itu, hukumannya adalah dengan menyeksa mereka didalam neraka  jahanam.



Juz:5, .
Surah 4, Ayat 56:


Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas (5.4.55),

Balasan kepada mereka yang mengingkari dan mendustakan ayat-ayat Allah. Mereka akan dimasuk kedalam neraka dengan bakaran yang  menjadi kulit tubuh mereka menjadi masak dan hangus, kemudian dikembalikan kulit tubuh tumbuh menjadi segar semula, dan dibakar lagi hingga masak dan hangus sehingga menyerap kedalam urat saraf supaya dapat merasakan seksa bakaran api neraka.
Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang kehendak Allah, dan tiadalah Allah itu melakukan seksaan melainkan mereka yang engkar ayat-ayat Allah. Ini semuanya demi untuk kebaikan manusia didunia agar takut kepada Allah.   


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)