Thursday 30 April 2020

An-Nisa_5-4-116

Juz:5,
Surah 4, Ayat 116:


Ringkasan tafsir;
Lanjutan ayat diatas 5.4.115.
Mereka yang musyrik atau murtad yang menyekutukan Allah itu telah tersesat teramat jauh. Mereka yang murtad dan mati dalam keadaan murtad itu tidak sekali-kali diampunkan oleh Allah.
(lihat juga ayat 48 surah An-Nisa).
Kesimpulan dalam ayat ini, Allah sentiasa bersedia untuk memberi keampunan kepada hamba Nya yang telah melakukan dosa-dosa kecil dan besar sekiranya mereka bertaubat nasuha dengan setulus hati yang ikhlas, kecuali orang yang murtad kerana syirik menyekutukan Allah.

Juz:5,
Surah 4, Ayat 117:
Surah 4, Ayat 118:
Surah 4, Ayat 119:
Surah 4, Ayat 120:
Surah 4, Ayat 121:

Ringkasan tafsir;
Apa yang disembah patung-patung sebagai tuhan mereka oleh musyrik kafir itu hanyalah menyembah syaitan iblis yang telah ingkar perintah Allah, dan syaitan iblis itu telah dilaknat oleh Allah sehinggalah kehari kiamat.
Syaitan iblis telah berikrar dihadapan Allah untuk menyesatkan manusia supaya bersama-sama masuk kedalam neraka jahanam pada hari pembalasan.
Syaitan iblis berikrar dan telah mencabar 4 perkara yang pasti dilaksanakan untuk mengoda anak adam, dan syaitan iblis berkata;
1. Syaitan iblis akan menarik mereka semua anak Adam menjadi sebahagian dari mereka  agar mengikut mereka (ayat 118).
2. Syaitan iblis akan sesatkan semua anak Adam dan memperdayakan anak Adam supaya banyak berangan-angan kosong. (ayat 119).
3.Syaitan iblis akan menyuruh mereka semua anak Adam supaya korbankan binatang dan memotong telinga binatang itu untuk dipersembahkan kepada patung berhala.
4. Syaitan iblis menyuruh mereka anak Adam supaya mengubah ciptaan Allah iaitu mengubah agama menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi terus kufur dan murtad.
Allah mengancam kepada manusia, sesiapa yang mengangkat syaitan itu sebagai pemimpin bererti mereka itu telah tunduk dan menurut hawa nafsu jahat, mereka itu adalah didalam kerugian yang nyata didunia dan tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan tidak mendapat tempat untuk lari dari seksaan Allah.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)
 



Wednesday 29 April 2020

An-Nisa_5-4-114


Juz:5,
Surah 4, Ayat 114:


Ringkasan tafsir;

Allah mencela perbuatan orang yang suka berbisk-bisik sesama mereka, kerana perbautan itu akan menimbulkan persangkaan yang tidak baik. Berbisik-bisik bagi tujuan jahat adalah dilaknat oleh Allah.

Berbisik-bisik untuk merancang sesuatu kerja yang baik dan mulia tidaklah pula dilarang, bahkan perkara kebaikan itu perlu untuk menjamin sesuatu kerja kebajikan yang memebri manfaat kepada masyarakat.

Rancangan baik yang berjaya dilaksanakan itu dengan tidak mengaharapkan apa-apa dari masyarakat, hanya dengan niat yang tulus ikhlas semata-mata untuk mendapat keredaan Allah, nescaya diakhirat kelak akan menerima upah yang besar dari Allah. (lihat juag ayat 6.4.148).



Juz:5,
Surah 4, Ayat 115:


Ringkasan tafsir;

Sesiapa yang menentang Rasul dengan menyalahi pengajarannya, sesudah telah jelas bagi Rasul itu kebenaran yang berupa mukjizat kerana mengetahui buruk dan baik seseorang itu, tetapi manusia masih juga menentang pengajaran yang dibawa oleh Rasul dan mereka memilih mengikut jalan yang kufur, maka Allah hadapkan dia kearah yang ditujunya itu ketempat yang menjadi pillihan hatinya sendiri untuk jadi murtad. Dan sebagai balasan kepada mereka yang  kufur itu akan dimasuk kedalam neraka jahanam yang akan membakar mereka ditempat kesudahan bagi orang yang paling buruk nasibnya.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)