Saturday, 11 April 2020

An-Nisa_5-4-100


Juz:5,
Surah 4, Ayat 100:

Ringkasan tafsir;

Allah menerangkan, sesiapa yang berhijrah dengan hati yang reda semata-mata kerana Allah, nescaya mereka akan mendapat rezeki yang banyak dan memperoleh kemakmuran serta pengahasilan yang banyak.  Ini merupakan janji Allah untuk mempermudahkan kehidupan orang yang berhijrah kerana Allah.

Kemudian Allah menyatakan pula, sesiapa yang keluar dari rumah untuk berhijrah pada jalan Allah dan Rasul Nya, kemudian mati dalam perjalanan, sesungguhnya mereka itu beroleh pahala yang besar dari Allah,
Oleh sebab itu bersiap sedialah kita, bila keluar dari rumah kerana hendak mencari nafkah atau ilmu atau menunaikan amal yang soleh, maka hendaklah diniatkan didalam hati bahawa keluar dari rumah itu sebagai berhijrah kerana Allah dan Rasul Nya, mudah-mudahan ditulis  oleh Allah pahala yang banyak hingga kehari kiamat dan sekiranya ajalnya itu kebetulan mati dalam perjalanan mencari rezeki dan berjihad.


Juz:5,
Surah 4, Ayat 101:


Ringkasan tafsir;

Ayat yang terdahulu menerangkan tentang keluar berjihad, berperang menegak agama Allah, dan berhijrah mencari pendamaian dan rezeki. Sedangkan berjihad dan berhijrah itu memerlukan masa perjalanan atau pelayaran yang jauh.

Maka dalam ayat ini Allah memberi keringanan kepada umat Islam meringkaskan sembahayang semasa dalam perjalanan atau pelayaran untuk berjihad dan berhijrah kerana menegak agama Allah.

Ada pun meringkaskan sembayahang kepada dua rakaat itu untuk waktu Zohor, Asar dan Isyak. Dan mengikut kelayakan untuk meringkaskan sembahayang qasar itu hendaklah sekurang-kurangnya 2 marhalah,  dan jarak perjalanan satu marhalah itu adalah kira-kira 28 batu.

Oleh itu ternyata orang kafir itu adalah musuh yang terang, itulah sebabnya Allah memberi keringanan kepada Mukmin untuk meringkaskan sembahayang supaya tidak ada peluang dan jalan bagi mereka untuk membahayakan kamu.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)