Monday, 6 April 2020

An-Nisa_5-4-085


Juz:5,
Surah 4, Ayat 85: 

Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas (5.4.84),
Orang yang menolong Nabi kerana ikut pergi berjuang melawan musuh, maka pertolongan mereka itu adalah ibarat satu bahagian dari modal yang diberikan kepada Nabi yang kelak dapat menarik  keuntungan bila menang dimedan perang dan dapat pula harta dan tawanan, dan disamping itu pula dapat pahala diakhirat sama ada mereka menang atau kalah. Adapun menolong dengan pertolongan yang baik itu bermaksud segala jenis pertolongan untuk menolong orang berbuat baik dan untuk membela menegak kebenaran.
Orang yang menceburkan dirinya kepihak musuh untuk menolong musuh menentang memerangi orang mukmin, mereka akan dapat akibat yang buruk dibelakang hari dengan memperolehi kehinaan didunia dan seksa diakhirat. Adapun pertolongan jahat itu seperti membuat acuan untuk menyampaikan berita yang mendatangkan permusuhaan antara manusia.
Allah tidak sekali-kali lemah untuk memberi balasan setiap orang yang memberi pertolongan. Adalah balasannya mengikut jenis pertolongan, masing-masing akan mendapat balasan yang setimpal dengan amalan mereka.




[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)