Sunday, 19 April 2020

An-Nisa_5-4-105


Juz:5,
Surah 4, Ayat 105:


Ringkasan tafsir;

Sesungguhnya Allah turunkan kitab untuk manusia, iaitu Quran dengan sebenarnya mengandungi suruhan dan  tegahan supaya dapat menghukum mengadili antara manusia dengan apa yang diperlihatkan kepada mukmin yang berupa wahyu dan petunjuk kepada Rasul. Dan janganlah menjadi pembela kepada orang yang khianat dan kaum kerabatnya yang terlibat dalam segala macam perkara mungkar (mencuri dan khianat).
Ayat ini membuktikan bahawa Nabi tiadalah menghukumkan sesuatu itu mengikut hawa nafsunya, teapi mengikut apa yang telah diwahyukan oleh Allah kepada Rasul.
 

Juz:5,
Surah 4, Ayat 106:

Ringkasan tafsir;

Allah menyuruh meminta maaf kepadanya, disebabkan Nabi telah berura-ura hendak menghukum orang yang tidak bersalah. Mujurlah Allah telah memaklumkan kepada Rasul tentang berita palsu tuduhan fitnah yang dilemparkan kepada mereka yang tidak berdosa, sehingga hukuman itu tidak jadi dijatuhkan oleh Rasul.
Oleh itu sesuatu perbuatan yang dilakukan mengikut taraf orang biasa sudah dikira baik, tetapi mengikut taraf orang yang berpangkat tinggi itu dikira masih kurang baik. Maka Allah menyuruh Nabi minta ampun kepada Nya, kerana sesungguhnya Allah itu tersangat  memberi keampunan dan rahmat kepada orang yang meminta ampun kepada Nya.
 


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)