Thursday, 9 April 2020

An-Nisa_5-4-093


Juz:5,
Surah 4, Ayat 93:
Ringkasan tafsir;

Sesiapa sahaja dan orang mukmin yang membunuh dengan sengaja orang mukmin, adalah perbuatan itu dosa besar yang akan menerima pembalasan kekal di neraka jahanam bersama orang kafir. Allah tidak menerima taubat orang mukmin membunuh mukmin dan mereka mati dalam kekafiran yang kekal selamanya dalam neraka jahanam.
 
Juz:5, .
Surah 4, Ayat 94:

Ringkasan tafsir;
Allah mengingatkan kepada orang mukmin, sekiranya kamu pergi belayar kerana berperang menentang musuh bagi tujuan meninggikan kalimat Allah, hendaklah kamu selidik dahulu akan orang yang hendak kau bunuh, adakah mereka itu orang kafir atau orang muslim.  Jangan terburu-buru membunuhnya sehingga telah sabit bahawa dia itu benar-benar kafir musuh kamu yang akan memerangi kamu, memerangi Allah dan memerangi Rasul Nya.

Oleh itu jalankan lah penyelidikan ketika menemui seseorang kafir  itu mengaku beriman, mengucapkan syahadat dan memberi salam, terimalah pengakuan nya terlebih dahlulu dan selidik latar belakang mereka dan jangan membunuh dengan menyangka yang mereka itu masih lagi kafir musyrik.

Apabila manusia berikrar dan mengucapkan kalimat syahadat dan mengucapkan salam, maka kamu terima salam mereka itu sebagai seorang Islam yang wajib kamu bela darahnya, hartanya dan kehormatan nya.

Sesungguhnya Allah itu amat mengetahui apa yang kamu kerjakan dan akan memberikan balasan nya kepada kamu.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)