Wednesday, 1 April 2020

An-Nisa_5-4-074


Juz:5,
Surah 4, Ayat 74:

Ringkasan tafsir;

Allah menyeru kepada orang beriman supaya pergi berperang pada jalan Allah. Orang yang berperang pada jalan Allah itu didalam perjuangan akan menemui salah satu daripada dua kesudahan,

1. Mati syahid.
2. Hidup memperoleh kemenangan.

Maka mereka tersebut dijanjikan oleh Allah bakal menerima upah yang besar.


Juz:5,
Surah 4, Ayat 75:

Ringkasan tafsir;

Ayat ini memberi seruan kepada mukmin supaya berjihad dan berperang pada jalan Allah untuk menyelamatkan orang Islam yang sedang berkeadaan lemah dan dari kalangan kanak-kanak dan perempuan yang ditindas oleh orang kafir.

Allah telah menolak alasan orang yang menguzurkan diri daripada berjihad untuk membela nasib kaum muslimin yang lemah yang terdiri dari lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Mereka itu adalah saudara kamu dibawah kekuasaan orang musyrikin yang sedang menganiaya dan menyeksa mereka dengan pelbagai seksaan serta menghalang mereka daripada berhijrah untuk menyelamatkan diri. Mereka difitnah dengan mengelirukan keimanan mereka yang sedang teraniaya.

Orang mukmin yang lemah ditindas oleh orang kafir sentiasa berdoa, Ya Allah, keluarkan lah kami dari negeri ini yang penduduknya bersifat zalim.  Dan kurniakan lah kami seorang pemimpin dari sisi Mu, dan kurniakanlah kami penolong dari sisi Mu. Doa ini sudah pasti dimakbulkan oleh Allah.

Agama Islam tidak mensyariatkan berperang itu wajib, melainkan untuk membela kebebasan agama dan membela kaum muslimin daripada dianiaya oleh kaum musyrikin.

Berperang itu amatlah buruk akibatnya, menyebabkan bencana alam akan berlaku yang akan merosakan seluruh kawasan peperangan menjadi padang jarak padang tetukur. (lihat ayat dibawah, 5.4.76).



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)