Thursday, 2 April 2020

An-Nisa_5-4-078


Juz:5,
Surah 4, Ayat 78:

Ringkasan tafsir;

Ayat ini sebagai jawapan kepada orang munafik yang menyatakan kematian orang Islam dalam perang Uhud (lihat ayat 157 surah Ali’Imran),
atau sebagai jawapan kepada orang munafik yang minta tangguh pergi berjihad (lihat ayat 5.5.77).


Bahawa sesungguhnya kematian itu pasti datang dan tidak seorang pun dapat melarikan diri daripada kematian walau pun bersembunyi didalam kubu yang kukuh ditempat yang tinggi. Kematian itu adalah pasti datang. Oleh itu mati dalam berjihad pada jalan Allah bagi memerangi musuh itu adalah lebih mulia dari kematian diatas tempat tidur. 

Ayat ini juga ditujukan kepada orang munafik dan Yahudi di Madinah, sebaik sahaja Nabi berhijrah dari Mekah. Dan diwaktu itu hasil bumi dari pelbagai buah-buahan tanaman sedang dinikmati kemewahan itu oleh mereka dan mengatakan, bahawa semuanya ini datang dari Allah dan tidak ada kaitan dengan Muhmmmad yang membawa pengajaran dan hidayat, tetapi apabila sampai musim kemarau zaman meleset dan hasil tanaman berkurangan, maka mereka berkata pula, bahawa nasib buruk ini disebabkan oleh Muhammad.
Maka Allah menyuruh Rasul Nya menjawab kepada mereka, yang mana kaum munafik dan Yahudi  itu sebenarnya tidak memahami akan kata-kata Al-Quran yang mengandung isi erti yang sangat memberi manfaat kepada manusia, bahawa segala sesuatu itu sama ada yang baik mahu pun yang buruk itu semunya datang daripada Allah.  Allah yang berkuasa dan Allah yang mengatur segala sesuatu didunia ini mengikut kebijaksanaan dan keadilan serta kasih sayang Nya kepada manusia.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)