Saturday, 11 April 2020

An-Nisa_5-4-098


Juz:5,
Surah 4, Ayat 98:

Ringkasan tafsir;

Lanjutan ayat diatas (5.4.97),

Kecuali orang yang lemah dari golongan lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang tiada berupaya untuk mencari jalan tempat perlindungan.

Oleh itu berhijrah itu wajib, maka sekiranya mereka yang uzur itu mempunyai keluraga yang berdaya, wajiblah keluarga itu membawa mereka bersama untuk pergi berhijrah.

Mudah-mudahan Allah memberkati mereka yang sabar dan saling bantu membantu.


Juz:
5,

Surah 4, Ayat 99:


Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas (5.4.98),

Orang yang telah dikecualikan daripada berhijrah kerana keuzuran, mudah-mudahan Allah memaafkan mereka.

Allah bersedia memaafkan mereka, dan mengisyaratkan bahawa berhijrah itu merupakan perkara yang besar, tidak boleh dicuaikan, bahkan setiap orang yang tertindas berusaha memikirkan nya bila ada peluang yang baik dan mencari helah untuk berhijrah, kerana Allah itu bersifat pemaaf terhadap orang yang benar-benar dalam keuzuran, lagi pengampun akan dosa orang yang beriman sehingga ditutupi kelemahan mereka dikhalayak ramai diakhirat kelak. 

[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)