Tuesday, 28 April 2020

Al-Nisa_5-4-113


Juz:5,
Surah 4, Ayat 113:

Ringkasan tafsir;

Mereka cuba mengelirukan Nabi semasa Rasul itu menjalankan pengadilkan supaya dijatuhkan suatu hukuman yang tidak benar dan tidak adil disebabkan kekeliruan itu, kerana mreka menuntut pembalasan dari tuduhan mencuri, dan menuntut orang Yahudi  yang mereka tomah itu supaya dihukum.
Mereka berusaha memceburkan engkau kedalam perkara yang salah tetapi tidak berjaya dan pada masa akan datang pun tidak akan berjaya.
Bencana menyesatkan itu akan menimpa keatas diri orang yang melakukan nya tomahan fitnah;
1.  mereka akan diseksa kerana bersubahat dengan orang yang berbuat dosa.
2. mereka akan diseksa kerana membaut penyaksian yang palsu dan tuduhan bohong.
Ayat ini jaminan dari Allah kepada Rasul Nya, yang akan memeliharanya daripada ditimpa sebarang bahaya yang didatangkan oleh musuh kafir.
Ada tiga macam kurnia Allah kepada Nabi,
1. Kitab Al-Quran
2. Ilmu pengetahaun.
3. Perkara ghaib yang tidak diketahuinya.
4. Mengetahui perkara buruk  yang akan dilakukan oleh musuh, melalui wahyu atau ilham.
Allah menyeru kepada Rasul Nya supaya bersyukur diatas kurnia Allah yang amat besar itu kerana telah mengingatkan tentang tipu daya musuh yang cuba mengelirukan nya.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)