Thursday, 2 April 2020

An-Nisa_5-4-077


Juz:5,
Surah 4, Ayat 77:

Ringkasan tafsir;

Ayat ini ditujukan kepada mukmin yang banyak menderita yang dianiayai oleh orang kufur musyrik, tapi mereka masih bersabar serta mengerjakan sembahayang dan mengeluarkan zakat, sesungguhnya sembahayang dan zakat itu adalah lebih penting dan wajib dilaksanakan terlebih dahulu.

Apabila tiba masanya yang sesuai, mereka diperintahkan berjahad memerangi kaum musyrikin, seperti contohnya pada peperangan Badar, tapi sesetengah mereka yang lemah iman itu teramat takut untuk menyertai peperangan bagi memerangi orang musyrik itu. Orang yang demikian itu ialah orang munafik, kerana mereka yang beriman tidak sepatutnya takut pergi berperang. Dan mereka memohon untuk tangguhkan pergi berjihad itu tidak lain kerana takutkan mati kerana masih sayang meninggalkan kesenangan dan kelazatan dunia, mereka tidak akan dapat nikmat kesenangan kelazatan diakhirat kelak, melainkan orang yang bertakwa kepada Allah yang memelihara diri dari melakukan kejahatan.

Dan kamu tidak akan rugi sedikit pun, yakni upah yang akan perolehi sebagai hasil dari amalan kamu yang baik itu tidak dikurangi oleh Allah sedikit pun.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)