Tuesday, 14 April 2020

An-Nisa_5-4-103

Juz:5,
Surah 4, Ayat 103:


Ringkasan tafsir;

Sembahayang itu wajib, iaitu  bagi orang yang sihat sembahayanglah berdiri, yang sakit  dengan duduk, dan yang tenat atau luka parah  hendaklah berbaring. Oleh itu sembahayang itu tidak boleh ditinggalkan sehingga keakhir hayat.

Ayat ini mengisyaratkan bahawa Allah menyuruh umat Islam menunaikan sembahayang fardu itu mengikut waktu yang telah ditetapkan adalah merupakan pengajran kepada mereka supaya menjadi terbiasa memlihara waktunya yang berharga dan mengatur waktunya dengan cara yang sebaik-baiknya.

Ini merupakan suatu pekerjaan yang mesti mengikut waktu yang teratur agar semua masa yang ada terluang itu digunakan sepenuhnya untuk beramal ibadah dan mencari rezeki diatas muka bumi.


Juz:
5,
Surah 4, Ayat 104:


Ringkasan tafsir;

Janganlah kamu lemah semangat untuk meburu musuh yang telah menentang kamu. Sebaliknya hendaklah terus berjuang memerangi mereka.

Ayat ini adalah untuk menaik semangat perjuangan orang Islam memerangi musuh yang telah mulai sejuk, maka perlulah diberi perangsang dan galakan dari masa kesemasa supaya semangat mereka sentiasa berkobar-kobar.

Kalau musuh Islam pun sama-sama menderita seperti kamu dalam medan peperangan, sedangkan mereka itu tahan dan boleh bersabar, maka mengapa pula kamu tidak tahan  dan tidak bersabar ?  maka kamulah sepatutnya lebih tahan dan bersabar  dari mereka yang kufur .

Umat Islam menunaikan kewajipan berjihad itu ialah kerana mukmin percaya akan mendapat upah dan pahalanya, sedangkan mereka yang kafir itu tidak percaya.  Dan kamu mengharapkan pahala tersebut akan diperolehi di akhirat kelak, sedangkan mereka yang kufur itu tidak ada mempunyai harapan yang demikian.

Allah itu tiada memerintahkan sesuatu perkara, melainkan telah diketahui Nya bahawa perintah Nya itu mengandungi maslahat yang berguna. 


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)