Saturday, 4 April 2020

An-Nisa_5-4-083


Juz:5,Surah:4.
Surah 4, Ayat 83:

Ringkasan tafsir;

Allah mengingatkan kepada umat Islam supaya jangan sibar dan menyiarkan berita-berita yang belum disahkan oleh Rasulullah atau Ulil Amri atau pemerintah yang taat kepada Al-Quran.

Sekiranya berdiam diri itu adalah lebih baik bahkan urusan menyiarkan berita itu serahlah kepada Rasulullah atau Ulil Amri yang menjadi pemimpin tertinggi dikalangan muslimin yang bertanggung jawab dalam menyelesaikan hal ehwal negara.  Kerana mereka itu adalah daripada golongan para ulama yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas untuk mentadbir umat Islam.  

Sesuatu berita penting mengenai pemerintahan, janganlah orang ramai terburu-buru menyiarkan nya. Hendaklah rakyat bertenang dan menunggu terlebih dahulu hingga mendapat pengesahan secara rasmi dari pihak yang bertanggung jawab dalam urusun mereka. Dasar ini adalah tersangat baik bagi mengekalkan perpaduan sesuatu umat dan memelihara ketenteraman mereka.

Ini semua kalau tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat Nya disebabkan kamu diberi hidayat untuk mentaati Allah dan Rasul Nya, dan sebabnya kebangkitan Muhammad dan turun Quran, nescaya kamu akan mengikuti jejak langkah syaitan yang menyebebkan kamu kufur dan tersesat.  Melainkan sedikit sahaja daripada kamu yang tidak terikut-ikut oleh langkah syaitan tersebut.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)