Wednesday, 8 April 2020

An-Nisa_5-4-089


Juz:5,
Surah 4, Ayat 89 :
Surah 4, Ayat 90:
Surah 4, Ayat 91:

Ringkasan tafsir;

Allah menyeru kepada mukmin supaya menetapkan sikap tegas pendirian mereka terhadap orang kufur kafir, apakah yang patut mukmin bersiap sedia untuk melindungi orang Islam, bagaimana cara menghadapi dan  bergaul dengan mereka, seperti sudah sedia maklum bahawa mukmin tidak luput dari bermasyarakat dan berhadapan dengan kafir sepanjang masa.
Adapun kafir itu terdiri dari 3 golongan,
1. Kafir harbi, iaitu golongan yang tidak puas-puas untuk menyesatkan muslimin supaya menjadi seperti mereka yang kufur dan sesat itu.
2. Kafir mu’ahid, iaitu golongan yang orang kafir yang telah membuat perjanjian damai, tidak akan memerangi orang Islam, hidup bersama dengan orang Islam dengan rukun damai.
3. Kafir musalim, iaitu golongan yang orang kafir yang mendatangi kepada orang Islam dan minta perlindungan atas dasar berkecuali tidak memihak dengan mana-mana pihak samada kepada orang kafir atau orang Islam.

Allah menegah, janganlah kamu jadikan orang kafir sebagai pemimpin untuk mengurus negara dan hal ehwal orang mukmin, kecuali mereka yang berhijrah dari kekufuran dan kesesatan kepada mentaati perintah Allah.

Oleh sebab itu orang mukmin hendaklah sentiasa waspada dan berjaga-jaga terhadap tipu daya orang kafir, didalam menghadapi orang kafir jenis sifatnya jelas seperti tersebut diatas, dan Allah memberikan kekuasaan yang terang kepada orang mukmin untuk melaksanakan secara yang saksama bijaksana rukun dan damai untuk memimpin manusia.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)