Friday, 10 April 2020

An-Nisa_5-4-096


Juz:5,
Surah 4, Ayat 96:

Ringkasan tafsir;

Lanjutan ayat diatas (5.4.95),

Allah menerangkan kelebihan orang yang berjihad;
1. mendapat pangkat yang tertinggi, iaitu pangkat yang jaraknya seperti langit dan bumi jika dibandingkan dengan darjat mereka yang tidak ikut berperang.
2. mendapat keampunan dari Allah, dan dosa mereka terdahulu akan disembunyikan diakhirat kelak.
3. mendapat rahmat belas kasihan dari Allah, kerana Allah itu bersifat pengampun lagi mengasihani kepada hamba Nya yang mukmin.

Adapun berjihad itu terbahagi kepada dua,
1. fardu Ain, sekiranya musuh menyerang  negeri kamu maka orang yang mukalaf dari golongan lelaki  wajiblah keluar menentang musuh untuk mempertahankan diri dan keluarga dan negara. Kewajipan tersebut meliputi semua orang samada ianya merdeka, hamba sayaha, kaya, miskin dan seluruh penduduk.
2. fardu kifayah, tertanggung keatas orang lelaki Islam mukalaf yang letak negerinya berjauhan dari negera orang Islam  yang kena serang. Dan golongan yang tidak wajib ikut berperang ialah orang miskin, hamba sahaya, uzur dan sebagainya yang tidak mampu mengangkat senjata untuk menolong negara Islam lain.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)