Juz:5,
Surah 4, Ayat 95:
Ringkasan tafsir;
Pada
ayat yang lepas (5.4.94),
Allah mencela perbuatan sebahagian mukmin yang membunuh orang-orang Islam wal hal mereka itu telah pun mengucap kalimat syahadat, dan tempat mereka itu adalah neraka jahanam bersama orang kafir dengan seksaan yang pedih. Maka ayat ini pula menerangkan kelebihan orang yang berjihad berjuang pada jalan Allah yang sebenar-benar kerana Allah dan melindungi orang Islam.

Orang mukmin yang duduk berdiam diri itu tidak sama
dengan orang yang pergi berperang menegak kalimah Allah melawan musuh dengan
mengorbankan harta jiwa raga mereka. Orang yang berjuang itu tugasnya ialah
melindungi negeri dan rakyat dan umat Islam, sedangkan mereka yang duduk diam
dirumah sedikit pun tidak mengendahkan perjuangan mempertahan kedaulatan negara
mereka, kecuali mereka yang uzur lemah sakit yang berpajangan atau cacat yang
tak mampu mengangkat senjata untuk berperang.
Allah
mengangkat darjat orang yang berjihad dengan harta jiiwa raga mereka lebih
tinggi jika hendak dibandingkan dengan orang yang duduk diam dirumah. Namun
Allah menjanjikan kepada kedua golongan tersebut yang terdiri dari mereka pergi
berjuang dan yang uzur itu masing-masing akan diberikan kebaikan pahala
mengikut ketentuan Nya. Kerana keduanya
mempunyai keimanan yang sama dan sempurna, sebab didalam hati masing-masing
akan niat hendak berjihad dan hanya kerana keuzuran yang menghalang mereka itu
untuk pergi berperang.
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)