Friday 24 April 2020

An-Nisa_5-4-111


Juz:5,
Surah 4, Ayat 111:

Ringkasan tafsir;

Orang yang berbuat dosa melakukan maksiat itu lalu menyangka perbuartannya membawa keuntungan yang banyak, tapi malangnya perbuatn yang dilakukan itu akan mendatangkan kerosakan bala bencana menimpa keatas dirinya sendiri dan kepada masyarakat amnya.

Allah mengetahui lagi bijaksana, yakni dengan pengetahuan Nya yang luas, dan mengada hukum batas syarak yang sekiranya dilanggar akan mendatangkan bahaya dan dengan kebijaksanaan Nya juga telah menyediakan seksaan kepada mereka yang durhaka suapaya manusia tidak melanggar batas syarak yang telah ditetapkan agar manusia itu takut melakukan perbuat jahat itu.
 

Juz:5,
Surah 4, Ayat 112:


Ringkasan tafsir;

Orang yang melakukan kesalahan kecil mahu pun besar, kemudian mengaku pula dirinya tidak bersalah, maka sesungguhnya mereka itu telah memikul dua macam kesalahan yang mengakibatkan menerima dua hukuman kerana berdusta dan hukuman kerana berdosa yang nyata lagi terang. 



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)