Thursday, 2 April 2020

An-Nisa_5-4-079


Juz:5,
Surah 4, Ayat 79:

Ringkasan tafsir;

Lanjutan ayat diatas (5.4.78),

Semua kebaikan dan keburukan adalah datangnya dari Allah, walau  bagaimana pun manusia itu selalu engkar dan melanggar perintah Nya serta cuai sepanjang masa (lihat juga pada surah Al’ashr, 103), maka keburukan itu adalah  sebenarnya datangnya dari diri sendiri, manusia diberi peluang menggunakan akal fikrian berikhtiar dan memilih yang mana baik dan buruk.  Kalau akalnya sudah memilih sesuatu akan dikerjakan yang buruk maka buruklah datang nya kepada mereka, maka ini bererti kesilapan itu adalah datangnya dari diri sendiri yang menempah bahaya dan kerosakan. Oleh sebab itulah Allah telah utuskan Rasul untuk membimbing manusia kejalan yang lurus dan selamat dunia dan akhirat.

Allah mengutus Muhammad untuk menyampaikan seruan kepada seluruh umat manusia. Tugas Rasul itu hanyalah menyampaikan.  Dan cukuplah Allah itu menjadi saksi bahawa Muhammad menjalakan tugasnya mengikut apa yang dikehendaki Nya dan tidak sekali-kali membuat sebarang perubahan terhadap sesuatu peratuaran yang telah ditetapkan Nya.


Juz:5,
Surah 4, Ayat 80:

Ringkasan tafsir;

Orang yang tunduk patuh kepada setiap perintah Rasul bererti tunduk dan patuh kepada Allah, kerana yang memerintah dan yang menegah itu pada hakikatnya ialah Allah sendiri, sedang Rasul hanyalah sekadar menyampaikan perintah dan tegahan Nya.  (lihat ayat 5.4.64).


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)