Sunday, 5 April 2020

An-Nisa_5-4-084


Juz:5,
Surah 4, Ayat 84:

Ringkasan tafsir;

Peristiwa Rasulullah kemedan perang pada bulan Zulkaedah selepas perang Uhud, bila tiba masanya tempoh berjanji dengan ketua musrikin Abu sufyan untuk berperang, maka Rasulullah menyeru kepada Mukmin di Madinah untuk keluar berjihad, dan sebahagian penduduk Madinah tidak suka untuk berperang.
Rasulullah keluar berperang bersama 70 orang penunggang kuda ke Badar untuk tunaikan janji, rupanya Abu Sufyan tidak datang kesana untuk berperang, dan telah mungkir janji. Maka Rasulullah bersama askarnya pulang ke Madinah dengan selamatnya.
Berperanglah pada jalan Allah, jangan meninggalkan kewajipan memerangi musuh, dan jangan meminta bantuan kepada orang yang lemah. Tunaikan lah kewajipan berperang itu walau pun seorang diri, kerana Allah akan menolong mu, Allah menjanjikan kemenangan dipihak mu. Allah pasti menunaikan janji Nya dan tidak sekali-kali mungkir dengan apa yang dijanjikan.
Nabi diseru oleh Allah supaya memberi perangsang kepada orang mukmin supaya mereka berjihad dan menggalak kan mereka supaya suka mencari pahala.  Allah mengingatkan bahawa urusan Rasulullah hanyalah memberi perangsang dan galakan, bukan nya memaksa seseorang.
Oleh itu benarlah apa yang dijanjikan oleh Allah, ketika Nabi sampai di Badar, Abu Sufyan tidak ada disana.  Dia tidak berani berperang, dan  tidak datang memenuhi janjinya.
Janganlah kamu takut kepada kekuatan orang kufur musyrik.  Mereka itu tidak akan dapat menahan kamu daripada mentaati Allah dan daripada menjalankan apa yang dianjurkan oleh Rasul Nya, kerana Allah yang berjanji hendak memberi kemenangan kepada Rasul Nya itu adalah lebih besar kekuasaan.

[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)