Juz:5,
Surah 4, Ayat 76:
Ringkasan tafsir;
Orang
mukmin itu jika berperang adalah bertujuan untuk menegak kebenaran yang diredai
oleh Allah.
Orang
kufur musyrikin pula berperang dengan hawa nafsu yang dipengaruhi oleh bisikan
dan kemahuan syaitan yang kerjanya menyesatkan dan mencelakakan manusia
seluruhnya. Jadi amatlah wajar orang mukmin tidak berdiam diri untuk memerangi
mereka supaya orang kafir itu tidak meluaskan kederhakaan dan membuat kejahatan
diatas muka bumi ini.
Oleh itu
hendaklah kamu bertindak memerangi dan memusnahkan pemimpin yang kufur yang dipengaruhi oleh syaitan, dan janganlah
sekali-kali berputus asa untuk menghapuskan mereka, kerana Allah menjanjikan
bantuan Nya yang dikirimakan Nya kepada kamu untuk menentang orang yang kufur
itu. (lihat ayat dibawah, 5.4.77).
Adapun
mati syahid berjihad kerana Allah itu adalah mereka yang mempertahankan
kebenaran serta menegak agama Allah dan melindungi umat Islam dari dianiayai
oleh orang kafir. Oleh itu janganlah kamu membunuh saudara kamu orang Islam
dari kalangan kamu dan janganlah mati dalam kekufuran kerana mati membunuh diri
itu adalah seburuk-buruk amalan dimana mereka itu akan dimasuk kedalam neraka
jahanam tempat seksaan yang pedih bersama orang kafir.
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com) (mek.wan@outlook.my)
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com) (mek.wan@outlook.my)