Friday, 3 April 2020

An-Nisa_5-4-081


Juz:5,
Surah 4, Ayat 81:      
 

Ringkasan tafsir;

Ayat ini ditujukan kepada munafik yang bermuka-muka telah berkata dihadapan Rasul, mereka patuh taat kepada perintah Muhammad, akan tetapi apabila ketua-ketua kaum munafik beredar dari samping Rasulullah, mereka mengambil keputusan untuk mengubah kata-kata mereka dengan sikap dan niat menderhakai Rasulullah.

Allah mencela pekerti mereka dan telah menulis apa yang mereka putuskan pada malam itu.

Allah menyeru rasul Nya supaya berpaling dari mereka, bahkan serahkan sahaja urusan  mereka kepada Allah untuk membalasnya. Cukuplah Allah menjadi penolong kepada sesiapa yang berserah diri kepada Nya. 

Juz:5,
Surah 4, Ayat 82:

Ringkasan tafsir;

Allah mengeji mereka yang tidak mahu memperhatikan isi Al-Quran. Kalaulah mereka mahu memperhatikan isinya dengan memikirkan maksudnya dan memahami makna yang terkandung didalamnya serta hikmat dan rahsia yang tersembunyi didalamnya, nescaya tahulah mereka bahawa Al-Quran itu kitab yang hak dan benar datangnya daripada Allah.

Kalau orang mendakwa kitab Quran itu bukan diturunkan oleh Allah, cuma karangan manusia semata-mata nescaya sudah tentu akan kedapatan pertentangan yang tidak sesuai dengan keadaan semasa  yang menyalahi dan berlawanan dengan peredaran zaman.

Oleh itu kitab Al-Quran adalah sebenar-benar kitab yang diturunkan oleh Allah;

1. Quran itu pada hakikatnya tidak pernah berselisih.

2. Quran menceritakan perkara yang lalu dan sedang berlaku dan memberitakan perkara yang akan datang.

3. Quran mengandungi peraturan akidah dan syarak, serta perjalanan sesuatu bangsa dijamin tidak akan berselsisih pendapat.

4. Quran menceritakan asal kejadian makhluk dibumi dan dilangit.

5. Quran memberi perkahabaran ghaib dunia akhirat, ada syuraga dan neraka.

6. ..... dan banyak lagi kelebihan Quran itu yang tidak terhitung oleh manusia.



Kalau  setiap umat Islam, mahu memperhatikan isi Al-Quran dan berpandukan dengan nya sepanjang zaman, tidaklah mereka itu akan mengalami kerendahan diri dan kemuduran didunia ini.

[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)