Sunday, 12 April 2020

An-Nisa_5-4-102

Juz:5,
Surah 4, Ayat 102:

Ringkasan tafsir;

Ayat ini diturunkan semasa berperang dengan musuh kafir di ‘Asafan, dan musrikin menunggu peluang untuk menyerang hendap pasukan Islam pada waktu itu.

Jika engkau bersama sahabat-sahabat mu dan sepasukan angkatan perang dalam medan pertempuran menghadapi musuh kafir, manakala waktu sembahayang fardu telah tiba, maka hendaklah bahagikan pasukan mu menjadi dua kumpulan. Kemudian dirikan lah sembahayang berjamaah dengan satu kumpulan dari mereka. Dan satu kumpulan pula hendaklah memperhatikan musuh dan mengawal kumpulan yang sedang sembahayang. Masing-masing hendaklah memegang senjata mereka untuk menentang kemaraan musuh jika diserang hendap.

Kumpulan yang pertama yang sembahayang itu bila telah selesai mengerjakan sembahayang, mula-mula sembahayang berjemaah dengan imam satu rakaat lalu menyempurnakan satu rakaat lagi dengan niat mufarogoh (berpisah dari imam) dan setelah salam, hendaklah mereka pergi ketempat pasukan yang mengawal untuk menggantikan tugas pasukan mereka dari kumpulan kedua.

Kumpulan kedua pula hendaklah mengambil giliran untuk sembahayang berjemaah dibelakang Nabi yang masih menunggu mereka menyempunakan sembahayang.

Sekali lagi Allah mengulang untuk menguatkan suruhan Nya, bahawa berjaga-jagalah terhadap musuh dan peganglah senjata sepanjang masa itu adalah penting, kerana musuh itu ingin supaya kamu terlalai dan terlengah-lengah mengerjakan sembahayang lalu mereka mengambil kesempatan untuk menyerang dan menerapa  kamu dengan tiba-tiba.

 Sesorang itu tidak berdosa kalau ianya meletakkan senjatanya disebabkan uzur kerana ditimpa hujan kerana ditakuti akan rosak peralatn perang, atau uzur kerana sakit mendapat luka parah.  Akan tetapi walau bagaimana pun seseorang itu hendaklah berjaga-jaga dari tipu daya musuh, maka hendaklah jangan cuai, alpa aatu berlengah-lengah pada masa itu yang mengakibatkan kebinasaan diri sendiri, senjata dan harta benda.

Janji Allah akan menyediakan seksa kepada orang kafir yang menjadi musuh itu adalah pasti, tetapi yang penting disini bagi kaum muslimin ialah mematuhi petunjuk Allah dan menjalankan perintah Nya, iaitu petunjuk yang membawa kepada kemenagan dengan sebab pelbagai persediaan, persiapan, berjaga-jaga, tabah, sabar dan menunaikan kewajipan sembahayang. 



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)