Wednesday, 1 April 2020

An-Nisa_5-4-072


Juz:5,
Surah 4, Ayat 72:

Ringkasan tafsir;

Ayat ini ditujukan kepada munafik yang dalam kelompok masyarakat Islam dalam negeri tersebut dan sentiasa bersama dalam kumpulan mukmin yang kononnya mengaku mereka itu Islam. Mereka ini dicela oleh Allah kerana bila mana diseru berjihad dan berperang, tidaklah mereka itu menyahut seruan itu. Malah apabila tentera mukmin menghadapi kekalahan, mereka berkata alangkah beruntungnya kerana tidak ikut berperang bersama orang mukmin dan terselamat daripada kematian.
(selanjutnya lihat ayat dibawah, 5.4.73).
 

Juz:5,
Surah 4, Ayat 73:

Ringkasan tafsir;

Dan sebaliknya, jika orang mukmin dikurniakan oleh Allah kemenangan yang besar dalam peperangan, maka orang munafik itu bercakap  pula, alangkah baiknya kalau kami bersama mereka dan tentulah mendapat keuntungan yang besar dari hasil rampasan perang.
Demikianlah Allah menyindir pekerti orang munafik yang ada banyak kedapatan bergaul bersama dengan mukmin didalam sesebuah negeri Islam, kerjanya hanyalah hendak menumpang untung diatas keuntungan orang lain. Walhal sedikit pun tidak ada jasa mereka, dan tidak pernah mahu bekerjasama dalam kewajipan yang menjadi  tanggung jawab bersama mempertahankan negara.
Semoga Allah menunjuki mereka itu kejalan yang diredai Nya, supaya mereka menyedari perbuatan mereka itu adalah dikutuk sekeras-kerasnya.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)