Thursday, 9 April 2020

An-Nisa_5-4-092


Juz:5,
Surah 4, Ayat 92:

Ringkasan tafsir;

Manakala Allah telah menjelaskan tentang adanya perkara jihad dan perang pada yang yang lalu, sedangkan didalam peperangan itu ada kemungkinan berlaku kecuaian kesilapan membunuh antara satu sama lain dengan tidak sengaja, maka Allah menerangkan pula tentang hukum mengenai perkara tersebut dalam ayat ini.

Ayat ini bermaksud dan menegah, orang mukmin dilarang sama sekali membunuh orang-orang Islam, dan larangan ini untuk selamanya kepada mukmin yang takut kepada Allah. Orang mukmin tidak boleh membunuh mereka yang melafazkan kalimah “Lailaha Illallah”  maka  haramlah membunuhnya. 
Tidaklah patut seorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali jika mereka itu didapati bersalah. Sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, wajiblah merdekakan seorang hamba sahaya yang mukmin, serta membayar diat ganti rugi kepada keluarga simati, kecuali jika keluarga simati itu mensedekahkan diat itu.
Sekiranya terbunuh orang kafir (kafir muhahid dan kafir zimmi, negara dibawah pemerintahan Islam), maka wajiblah memerdekakan seorang hamba sahaya dan membayar diat kepada keluarga simati, dan jika tidak berkeupayaan maka hendaklah digantikan kaffarah dengan berpuasa selama dua bulan berturut-turut sebagai penerimaan taubat daripada Allah. Allah maha pengampun dan bijaksana.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)