Thursday, 23 April 2020

An-Nisa_5-4-109


Juz:5, Surah:4.
Surah 4, Ayat 109:
Ringkasan tafsir;

Orang yang suka berjidal, berdebat dan berbahas untuk membela pengkhianat itu telah berdebat yang dijalankan didalam penghidupan mereka didunia mengikut cara mereka  lakukan dengan menjatuhkan hukuman yang tidak ada usul periksa dengan teliti terlebih dahulu samada perkara yang dibangkitkan itu betul atau salah.
Oleh itu Allah kemukakan pertanyaan bertalu-talu kepada mereka itu,
Siapakah nanti yang akan membela orang yang khianat itu dan berani berdebat dengan Allah pada hari kiamat ?
Adakah nanti siapa yang akan tampil menjadi penolong yang mewakili orang yang khianat itu dalam mahkamah akhirat ?
Maka jawapan nya ialah sudah tentulah tidak ada seorang pun yang akan dapat berdebat dengan Allah diakhirat kelak untuk membela dan melindungi pengkhianat.
Ayat ini sebenarnya mengingatkan kepada mukmin supaya hendaklah mereka berhati-hati didalam perkara pengadilan dan berhati-hati menjatuhkan sesuatu hukuman.  Ingatlah kalau semasa perdebatan dalam majlis pengadilan didunia telah menang, janganlah menyangka pasti akan menang berjaya pula dalam majlis pengadilan diakhirat.
 

Juz:5,
Surah 4, Ayat 110:

Ringkasan tafsir;

Sesiapa mengerjakan kejahatan yang mendatangkan kemudaratan dan kesusahan kepada orang lain, adalah mereka itu telah menganiayai diri mereka sendiri, seperti bersumpah bohong dan sebagainya.  Maka mintalah ampun kepada Allah semoga Allah menghapuskan dosanya dan mereka akan mendapat keampunan sekiranya taubat mereka itu adalah taubat nasuha dan tidak akan mengulangi perbuatan mereka yang terkutuk itu.

Ayat ini merupakan galakan dan dorongan kepada orang yang telah berbuat dosa itu supaya segera bertaubat dan minta ampun kepada Allah, tetapi jika perkara yang sama dilakukan oleh mereka selepas bertaubat, maka mereka itu tidak mendapat hidayat dan tidak mendapat keampunan dari Allah dengan sepenuhnya.

Allah memberi amaran kepada orang yang berbuat dosa itu, kerana bahayanya tersangat besar seperti tercatat dalam ayat dibawah (5.4.111). 



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)