Juz:5,
Surah 4, Ayat 53:
Ringkasan tafsir;
Susunan
ayat ini merupakan pertanyaan dan menafikan, jika ditakdirkan mereka berpeluang
mendapat pemerintahan, nesaya mereka bersikap bakhil dan mementingkan diri
sendiri sehingga tidak mahu berbuat kebajikan kepada manusia walaupun sebesar
biji buah tamar.
Orang
Yahudi itu sangatlah lokek, seandainya mereka menjadi pemerintah, payah orang
lain dapat menikmati sebarang faedah dari mereka.
Lihatlah
sendiri apabila mereka telah sampai keperingkat merampas Baitulmakadis dibawah
kekuasaan mereka, dan mereka menghalau orang Islam dan Nasrani yang berada
ditanah suci itu. Mereka telah menganiayai orang-orang Islam disekitarnya
hinggalah kehari ini.
Juz:5,
Surah 4, Ayat 54:
Ringkasan tafsir;
Lihatlah
betapa orang Yahudi itu dengki melihat Nabi Muhammad itu menyandang pangkat
kenabian dan pemerintahan kerajaan yang
makin hari semakin kuat kedaulatan dan penganutnya semakin ramai. Allah mencela
pekerti orang Yahudi yang tidak suka melihat umat Islam mengatasi mereka.
Allah
memberi anugerah kenabian kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan sebelum ini pun
kurnia anugerah kenabian telah diberi kepada keluara Nabi Ibrahim, seperti Nabi
Musa, Daud, Sulaiman dan lain-lain lagi. Nabi Muhammad telah dilahirkan dari
kalangan mereka jua dari zuraiat keturunan Nabi Ismail yang termasuk dalam
keluarga Nabi Ibarahim.
Apakah
yang menjadi kehairanan kepada mereka dan berasa hasad dengki anugerah yang
terdapat pada Nabi Muhammad.
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com) (mek.wan@outlook.my)
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com) (mek.wan@outlook.my)