Wednesday, 25 March 2020

An-Nisa_5-4-047


Juz:5,
Surah 4, Ayat 47: 


Ringkasan tafsir;

Ayat ini ditujukan kepada orang Yahudi supaya percaya kepada AlQuran kerana kitab ini telah membenarkan isi Taurat yang ada pada mereka.
Mereka yang enggan percaya kepada AlQuran akan mendapat ancaman dari Allah, dan mereka akan dipalingkan dari jalan lurus dan berubah dari matlamat tujuan hati yang tidak mendapat petunjuk dari Allah sehingga gagal lah mereka itu hingga berundur kebelakantg tidak mencapai apa yang dicita-citakan, dan mereka akan menerima kerendahan dan kehinaan.
Ancama Allah itu berupa laknat keatas mereka dan mereka akan dipalingkan muka-muka mereka kebelakang seperti laknat kepada nenek moyang mereka dahulu menjadi kera yang hina kerana melanggar larangan menangkap ikan pada hari sabtu.
Ancaman dari Allah ini tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalangi Nya dan adalah perintah Allah itu berjalan terus menerus.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)