Saturday, 21 March 2020

An-Nisa_5-4-029


Juz:5,Surah:4.
Surah 4, Ayat 29: 


Ringkasan tafsir;

Allah melarang manusia yang beriman memakan harta secara salah dan haram, samada harta itu kepunyaan orang lain atau kepunyaan diri sendiri.
Adapun memakan harta secara salah dan haram itu ialah; Mencuri, merampas, menyamun, menipu.
Adapun harta sendiri mengunakan dengan jalan yang salah; boros, membazir, berbelanja kepada maksiat, berniaga dengan riba judi, bertaruh dalam perjudian, mengupah orang buat jahat dan menjadi saksi palsu, merosak kerukunan rumah tangga orang lain, mendatangkan kekacauan huru-hara.

Memakan harta yang tidak dilarang ialah harta yang diperolehi dari hasil perniagaan jual beli yang halal sesama manusia dengan suka sama suka dan bersetuju berpeluang untuk memilih samada  mahu melangsungkan pembelian atau tidak, sebelum persetujuan jual beli itu berlaku.
Ayat ini merupakan agar manusia yang beriman supaya berniaga jual beli kerana banyak faedahnya, yang mana memerlukan kebolehan dalam perniagaan dan menarik perhatian pelanggan dangan jalan yang sah dan tiada tipu daya disebalik jual beli itu.

Allah melarang manusia beriman membunuh diri baik diri sendiri mahupun membunuh orang lain dengan membunuh diri, mereka ini akan diseksa diakhirat dan dimasuk kedalam neraka jahanam.
Adapun membunuh diri itu terdiri dari; terjun dari tempat tinggi, makan racun, menikam perut dengan senjata tajam, atau menembak diri sendiri.
Adapun membunuh orang lain itu ialah menghadirkan diri dikhalayak ramai dengan membunuh diri sendiri, seperti memasang bom pada badan diri sendiri dan meletupkan didalam khalayak ramai yang mengakibatkan seluruh manusia mati terbunuh disekelilingnya.

Dengan adanya larangan itu, menunjukkan betapa kasih dan sayang nya Allah kepada hamba Nya supaya mereka jangan sampai diseksa diakhirat kelak.
 


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)