Saturday, 28 March 2020

An-Nisa_5-4-062


Juz:5,
Surah 4, Ayat 62: 


Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas (5.4.61),

Dan apabila orang munafik ditimpa musibah dan telah mendatangi Nabi untuk menyatakan kekesalan mereka dan rasa duka cita mereka disebabkan tidak berhukum kepada Nabi. Tetapi orang munafik itu sebenarnya telah berpura-pura  dan cuba mengelirukan Nabi dengan bersumpah atas nama Allah kononnya mereka benar-benar berhukumkan peraturan Nabi.


Juz:
5,
Surah 4, Ayat 63:
Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas (5.4.62),

Orang yang menyembunyikan sifat nifak yang keji didalam hati mereka itu semuanya telah diketahui oleh Allah, mereka itu adalah tergolong dari kalangan orang munafik. Allah menyeru kepada mukmin apabila menghadapi orang seperti itu hendaklah melayaninya dengan tiga cara;

1. Dengan membantah mereka, menolak segala alasan yang bohong.

2. Dengan memberi mereka nasihat, menegah mereka jangan jadi kufur dan pendusta.

3. Dengan memberi kata-kata yang mengerunkan berupa amaran kepada mereka yang kufur dan pembohong.




[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)